KEM PENDIDIKAN ALUMNI 2010


SALAM...

Program Kem Pendidikan Alumni 2010 sudah berlangsung dengan jayanya.ALHAMDULILLAH. Pihak Alumni SMKPC1 mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat.

Ucapan terima kasih tak terhingga di ucapkan kepada pihak sekolah SMKPC1 terutama Pengetua SMKPC1, Tuan Hj Abdul Aziz b. Che Ali yang memberikan kelulusan kepada pihak ALUMNI SMKPC1 untuk mengadakan program tersebut. Juga kepada Pn. Roswati bt Ramli (Kaunselor SMKPC1) dan Pn. Sabariah bt Zakaria (Penyelaras SPM) kerana sudi membantu AJK-AJK program dalam persiapan kem tersebut. Terima kasih juga kepada guru-guru SMKPC1 yang membantu secara langsung atau tidak langsung dalam kem ini.


Ribuan terima kasih diucapkan juga kepada pihak PENAJA ALUMNI SMKPC1 yang diketuai oleh Tn. Hj Rahim b. Mat Zain (Pengerusi Penaja Alumni SMKPC1) yang memberikan sumbangan kepada kami untuk menjayakan program kem tersebut. Terima kasih kepada Penaja Alumni SMKPC1 yang kebanyakannya di anggotai oleh bekas-bekas pelajar SRP 1976.

Alumni SMKPC1 juga mengucapkan ribuan terima kasih yang tak terhingga kepada AJK-AJK dan fasilitator-fasilitator yang telah meluangkan masa dan memberikan khidmat bakti kepada sekolah dan juga kepada pelajar-pelajar SPM. Tanpa bantuan kalian semua, program ini tak akan berjaya dengan sebaiknya.

Pihak Alumni sekali lagi mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat. InsyaAllah, program kem pendidikan ini akan diadakan pada setiap tahun, bertujuan untuk membantu pihak sekolah dan pelajar-pelajar yang akan menduduki peperiksaan..

SEKIAN, TERIMA KASIH..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment